hidup

seandainya hidup ini seperti dongeng yang diceritakan dalam kaca tv. seandainya aku boleh hidup gembira dengan pengakhiran cerita yang penuh dengan kegembiraan. seandainya aku diizinkan menjejak bumi Makkah dan Madinah lagi. izin kan aku untuk tidak pulang ya Allah. betapa indahnya dua tanah suci itu yang mampu mengaman kan hati ini yang sedang bercelaru. keindahan itu tidak dapat aku ungkapkan. hanya air mata kegembiraan yang aku boleh berikan ketika itu. aku sujud di hadapan Mu ya Allah. terasa hina diri ini menjadi manusia yang bergelumang dengan dosa. Aku mempunyai hati seorang manusia. hati seorang manusia yang tak pernah lari daripada rasa bersalah dan berdosa. 
Tahun depan aku akan menduduki SPM . tipulah kalau aku kata aku tak takut . aku takut dengan semua benda. aku juga takut hendak menceburi dunia luar yang macam macam boleh berlaku diluar jangkaan aku. tapi bila difikirkan balik. Allah itu maha adil. Allah juga tidak akan memberikan hamba hamba-Nya ujian yang melebihi kemampuan hamba hamba-Nya.
InshaaAllah. perubahan demi perubahan akan aku jalani. setiap perubahan itu akan aku pastikan aku di jalan Allah. biarlah apa kata orang. yang penting aku ingin berusaha menjadi yang lebih baik. manusia itu mampu berubah dengan usahanya sendiri.
sekian sahaja.
Share: